Salam semua,
Dunia blog aku bersama NuffnangMY bermula aku daftar sebagai ahli NuffnangMY pada semenjak tahun 2009 lagi itupun aku main hantam jer daftar sebab aku memang zero mengenai blog ni. Memang berbaloi aku menjadi sebahagian dari NuffnangMY ni. Entry kali ini adalah antara syarat-syarat untuk mendapatkan jemputan ke Nuffnang Asia-Pasific Blog Awards 2011 pada 16 December 2011 bertempat di Grand Ballroom, Putrajaya Marriott dengan tema formal ke Majlis tersebut.
Antara event-event dari NuffnangMY bermula dari tahun 2009 lagi sehingga sekarang.
1. Berbuka Puasa Bersama Blogger's di The Apartment, KLCC
Waktu ini aku langsung tak kenal sesiapa pun kecuali Ketua Geng Tali Barut iaitu Kak Ina KL sebab waktu tu kalau tak silap aku dah jumpa dengan beliau 2 kali. Memang bangga gila dapat jemputan dari NuffnangMY waktu tu dan pada waktu itu jugalah aku kenal dengan blogger lain seperti Sawanila, Nadrah, Alamfanacinta, ohbulan, Afra Yuri dan ramai lagi.
Waktu ni aku mendapat jemputan dari NuffnangMY juga kalau tak dapat jemputan tak kan aku nak terhegeh-hegeh nak pergi lagipun waktu tu kena buat entry kalau tak silap aku. Waktu event ni la bertambah ramai yang aku kenal antaranya adalah Cik Lily Putih, Amy Sweetdarling, Sumijelly, Bean Moreno, Eyriqazz, Mat Joe, Jard, Aus dan ramai lagi sampai ada yang dah tak aktif berblog dah sekarang ni.
Waktu event ni pun best sebab makin ramai bertambah kawan-kawan blogger yang sporting yang aku kenal waktu ni memang aku rajin sikit ikut aktiviti yang diadakan oleh NuffnangMY sebab dah ada contact dengan member-member yang sentiasa alertkan aku pasal event yang diadakan oleh NuffnangMY.
Event Gatsby ni pun best sebab waktu ni memang ramai blogger yang hadir sebelum ni kenal di alam maya jer tapi dekat event Gatsby ni lah ramai yang dapat bersua muka mengenal antara satu sama lain kalau NuffnangMY dan Gatsby tak buat event ni ramai yang masih tak kenal secara peribadi kot. Sampaikan kitaorang nak pergi event ni siap janji nak pakai baju warna sama-sama tapi sampai disana kami dapat baju dari pihak Gatsby. Tak ada lagi ke event macam ni lagi.
Eyriqazz waktu ni dah bertambah popular beliau menjadi "pengkritik tetap" pada waktu itu, memang best event ini lagipun lokasinya pula dekat dengan rumah aku apalagi kasi nama kat NuffnangMY la nak join event ni.
Sebenarnya memang banyak lagi event anjuran NuffnangMY yang aku joint kalau korang nak tahu korang pergi kat link ini http://www.daydeck86.com/p/nuffnang.html untuk mengetahui perjalanan aku dengan NuffnangMY yang memang best ini tak rugi kalau korang join NuffnangMY dari ko join "kampeni" lain yang belum tentu memberi pulangan yang menarik macam mana NuffnangMY bagi kat aku dan blogger lain. Selain itu NuffnangMY juga sering "belanja" tayangan perdana kepada para bloggers diluar sana.
*** Blog picisan aku ni memang tak akan tercalon untuk Nuffnang Asia-Pasific Blog Awards 2011 sebelas tapi kalau boleh aku nak datang event yang bakal dadakan ini nanti.
4 comments:
chaiyok bro..event nuffnang memang terbaikkk...
ada rezeki boleh jumpa dekat sana bro nanti.. hehehe
wah good luck daydeck...akak tak bua tlagi ni
Eyriqazz - memang terbaek dari semua
Myvitrd - insyaallah bro.
Kak Ina KL - TQ kak
Catat Ulasan