Salam semua,
Kalau dah ada persiapan mestilah ada majlisnya kan, Majlis bersantai bersama Dato' Shafie Abdullah di Kg Puah Lembah diadakan disebelah malamnya. Majlis bermula selepas waktu Isyak sehinggalah ke tengah malam tapi aku tak ada waktu majlis ni sebab aku menghadiri annual dinner tempat aku kerja dekat Hotel Royal Chulan tapi aku sempat hantar wakil untuk mengambil gambar kalau bukan Cik Nieza.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari Dato' Shafie Abdullah, Ketua Kampung dan juga Ketua Pemuda Kg Puah Lembah.
Selepas itu ada penyampaian cenderamata dari penduduk Kg Puah Lembah kepada Dato'
Suasa dah macam dekat laman santai istana budaya pulak kan.
Ucapan segala dah settle masa untuk makanlah pergi ambil sendiri tak kira pangkat ataupun usia semua ambil sendiri jer kata pun santai kan.
Semuanya hasil air tangan penduduk Kg Puah Lembah okeh tak ada tempah-tempah ataupun catering bagai.
Semuanya dimasak oleh penduduk Kg Puah Lembah makan panas-panas lagi.
Siap ada karaoke lagi tu meriah gila wey waktu tu rugi aku xda.
Mak Long kesayangan aku pun ada gak okeh maklong aku yang "rendang" tu.
Ada guna gak gambar yang aku ambil tu ditontonkan kepada orang ramai bangga gak la aku rasa.
ehehehehehhehee
p/s - tak kisahlah orang nak cakap pancing undi ke apa ker yang janji kami penduduk Kg Puah Lembah bahagia dan terus bahagia hendak-NYA. amin
4 comments:
DECK... memang bagus la majlis sebegini secara tak langsung dapat eratkan hubungan sesama penduduk....lauk pauk tu memang marveless laa
wah geng dato-dato nih..:-p
Tak kesah kalau orang kata apa, deck. Asal perpaduan dan muhibbah teus terserlah... Tak main fitnah2 yerr..! Hehehe...
Man - Mmg bagus pun sebab dapat mengeratkan antara 1 sama lain
JMR - saya pengikut dato jer
Ma - Betul tu ma janji kita tak kacau orang n tak fitnah2
Catat Ulasan