Masyuk

Ahad, 29 Januari 2012

Sepagi Bersama PM di Kampung Puah Lembah



Salam semua,
Sekarang ni aku agak sibuk sikit nak update blog pun macam malas jer tapi keinginan tu masih ada lagi. Cerita tertunggak 20hb January 2012 yang lepas Dato' Sri Najib Bin Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia telah sudi untuk bertandang ke Kampung Puah Lembah, Jln Gombak, Kuala Lumpur untuk menyampaikan sumbangan RM500 iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada penduduk sekitar Wangsa Maju. Kampung Puah Lembah pada waktu itu dibanjiri hampir 4000 orang untuk menerima sumbangan tersebut. 






Wajah kegembiraan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Kampung Puah Lembah tempoh hari.




Sekali sekala tukar pulak orang yang membawa bunga manggar selalunya belia yang bawa bunga manggar kali ini kita kasi mak cik-mak cik yang jalan pun dah seret kaki yang bawak bunga manggar tu.



Ketua wanita Umno dan ketua puteri Umno bahagian Kampung Puah Lembah bergambar dihadapan kumpulan caklempong dari Kg Sungai Mulia.


Ubi kayu rebus dan sambal belacan antara menu kegemaran Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak




Antara orang lama yang masih ada di Kg Puah Lembah






Pemuda terdiri dari pelbagai lapisan umur bermain kompang menyambut kehadiran PM.






Ketua Kampung selaku ketua Umno cawangan Kampung Puah Lembah mengiringi Dato' Sri Najib Bin Tun Abdul Razak kelihatan juga Dato Shafie Bin Abdullah dalam keadaan hujan renyai.






Kami semua memang mempunyai pakaian seragam dan apabila ada majlis majlis tertentu kami akan memakai pakaian tersebut.



Salah seorang nenek saudara aku yang turut mendapat BR1M tersebut.



Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak sudi menandatangi plak sempena kehadiran beliau ke Kampung Puah Lembah.



PM bergambar di pentas seni di Kampung Puah Lembah



Orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan voucer BR1M dari petugas.


1000 orang pertama yang dapat menebus voucer BR1M tersebut di Kampung Puah Lembah.




Sebahagian Wanita Kampung Puah Lembah






Pemuda berehat sambil makan dan minum selepas majlis selesai.





Lemang dan rendang yang menjadi kebanggaan penduduk Kampung Puah Lembah.




Akak sepupu aku sedang melihat gambar aktiviti di Kampung Puah Lembah kebanyakkan gambar diambil dari blog aku.

6 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

lemang + rendang tu mesti sedap dan lazat kan...

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Mesti la sedap man....

Kamariah Awang berkata...Best Blogger Tips

Ma 'jeles'lah tengok n3 niii... Tahniah penduduk Kg Puah Lembah.

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

jangan jeles MA arinikan PM turun Terengganu, tq ma ucap tahniah kepada penduduk KPL,

Unknown berkata...Best Blogger Tips

ini kehidupan adat Minang di Malaysia ya..??
saya pernah ke Seremban tapi hanya sebentar saja, sebenarnya saya mau explore tentang kehidupan Minang disana.. semoga suatu hari bisa balik lagi kesana..
salam kenal.. salam ukhuwah.. :)

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Salam Ukhwah Quyat,
kita punya minat yang sama iaitu mengenali budaya sesama kita insyaallah bisa ketemu ya, Ini bukan kehidupan adat minang 100% ngak semuanya orang minang di KL