Masyuk

Khamis, 26 Januari 2012

Persiapan Majlis Sepagi Bersama PM Di Kampung Puah Lembah





Salam semua,
Hari Jumaat yang lepas Kg Puah Lembah, Kuala Lumpur telah dipilih menjadi tuan rumah majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Oleh sebab demikian kami terpaksa menyiapkan persiapan yang bakal diadakan. Tetamu Kehormat yang hadir pada hari itu adalah Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Najib Bin Tun Abdul Razak untuk merasmikan majlis tersebut. Pada waktu itu kami penduduk Kampung Puah Lembah dengan sepakat menjalankan segala tugas secara bergotong-royong dari pelbagai aspek termasuk keceriaan, makanan, dan segala-galanya. Aku juga turut terlibat menjalankan tugas yang telah ditetapkan tapi sayangnya aku tak sempat nak ambil gambar sewaktu proses memasak rendang daging dan sewaktu membakar lemang kerana aku terpaksa bekerja pada siangnya.



Puteri umno cawangan Kg Puah Lembah sedang menyiapkan papan aktiviti kg tersebut.



Kaum ibu berehat setelah kepenatan memasak disiang hari tapi tetap memeriahkan waktu malam bersama-sama.




Pemuda Umno Kg Puah Lembah menyiapkan memasang bendera dikawan sekitar.




Kaum ibu menyiapkan kerja-kerja terakhir iaitu mengupas ubi kayu yang menjadi kegemaran Dato' Sri Najib Bin Tun Abdul Razak



Pemuda bergotong royong memasang bendera dikawasan sekitar Kg Puah Lembah.



Antara kain rentang yang dipasang disekitar Kg Puah Lembah.



Makan nasi lemak ditepi jalan waktu ni dah jam 4pagi kami masih belum tidur untuk menyiapkan segala persiapan




Aku pun tolong buat kerja okeh bukan sekadar ambil gambar je.


2 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

Saya dengan ini mencadangan DAYDECK sebagai Ketua Pemuda cawangan Kampong Puah Lembah

Cik Lily Putih berkata...Best Blogger Tips

dpt amik gambo dgn PM tak?