Salam semua,
Kalau
korang semua perasan kebiasaannya hujung-hujung tahun ramai yang
membuat kenduri hampir setiap minggu dijemput menghadiri majlis2
tersebut. Banyak juga yang tidak dapat aku hadiri mintak maaf yer
kengkawan. Kenduri yang akan aku pergi kalau tak ada aral yang melintang
adalah kenduri di Kampung Puah Lembah, Gombak, Kuala Lumpur sebab
kenduri di Kampung Puah Lembah paling meriah aku rasa dengan semangat
gotong royong dan penduduk yang ramah semuanya. Dalam bulan ni sahaja
ada 3 kenduri doa selamat, aqiqah dan cukur jambul penduduk Kampung Puah
Lembah adakan secara gotong royong kat "KEYELL" ni mana nak jumpa lagi
kenduri yang diadakan secara gotong royong.
Semasa majlis marhaban dijalankan dan ahli-ahlinya adalah penduduk Kampung Puah Lembah sendiri.
Bunga telur yang agak moden tapi orang-orang tua cakap "apo pulak bagi anak patung"
Kebetulan ketua kumpulan Marhaban masuk hospital telefon nak dengar majlis berjalan lancar atau tidak alhamdulillah semuanya ok jer.
Mengaminkan doa yang dibaca.
Selawat keatas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W.
Kasih ibu bapa lagu asal kumpulan Orkes El Suraya menjadi lagu penutup majlis, Aku pun dah naik hafal lagu ni wey.
Dapat juga rezeki aku sikit-sikit jual gambar kepada makcik2 di Kampung Puah Lembah ni sebab depa suruh aku cuci dan framekan gambar mereka tapi takdalah aku makan haram banyak untung singit dua inggit jer buat isi minyak.
Ini rezeki juga ni mana tau dapat jodoh ker nanti.
ahahhaa
3 comments:
untunglaaaaa.. rezeki cari jodoh.. hehehe
Kid rezeki jangan ditolak... ahahhaaa
Lorrr....gambar awek apsal amik dari jauh...cover line ker ?
Catat Ulasan