Masyuk

Rabu, 10 Mac 2010

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair





Haaaa... Bean Moreno apa ko ingat ngko, Melz, Eyriqazz ngan Lily
jer dapat ke aku pun dapat gak la. Bukan nak belagak ngan ko tapi
saja nak kasi bakar line si Aus tuh. ehehehhehhee

Korang mesti dah dapat tangkap pasal ni kan,
yer la pasal event besar punya yang akan diadakan
antara Nuffnang dengan Gatsby
kalau event yang dianjurkan oleh
Nuffnang memang tak boleh disangkal
kemeriahan majlis itu nanti.
event yang dibuat oleh pihak
Nuffnang bukan calang calang event ko.
aku bukan nak bodek
Nuffnang yer tapi dari apa yang pernah
aku lalui dengan
Nuffnang memang la NALARIKEK

Pada 4hb March 2010 jam 13.27 aku ada dapat email dari
noreply@nuffnang.com dengan tajuk
SULIT – PROJEK EMPAT RATUS
dalam Bahasa Melayu, selalunya kalau email dari
Nuffnang
mesti dalam Bahasa Inglish dalam email
tu cuma bagi tau hantar email kepada
projek4oo@nuffnang.com

dengan nama penuh, alamat blog anda beserta alamat emel
yang anda daftar bersama
Nuffnang kalau berminat dengan PROJEK 4oo ni
aku kalau event dengan
Nuffnang memang la aku minat
mana boleh teringgal teramat rugilah jikalau ada sesiapa yang
tak joint event
Nuffnang nih.

Hari ni pulak
9 March 2010 18:12 aku dapat email dari
p400@nuffnang.com dengan tajuk Anda Terpilih Untuk Projek 400!
mengarahkan aku untuk membalas email tersebut untuk
menyatakan persetujuan untuk menghadiri
Gatsby Deodorant Street Fair!
aku dengan kadar segera terus membalas email tersebut.
Didalam email tersebut juga ada menyatakan.
setiap peserta Projek 400 akan diberi
RM50
sebagai pendapatan tambahan sebagai insentif.
Pendapatan tambahan hanya akan dimasukkan ke dalam
akaun
Nuffnang anda selepas anda menghadiri
Gatsby Deodorant Street Fair
Alhamdulillah rezeki yang datang jangan ditolak
tapi kena pastikan kehadiran aku ke tempat kejadian
kalau tak melepas la RM50 yang akan dimasukan ke dalam
akaun
Nuffnang aku yang tak berapa nak ada duit tu.

sumber diambil dari blog Bean Moreno

Majlis apa?
Gatsby Deodorant Street Fair

Dimana?
ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur

Bila ?
17hb April 2010

Jam Berapa?
10pagi hingga 5petang

untuk pengetahuan korang semua kalau event
Nuffnang
memang bukan calang calang hadiah yang akan disediakan
antaranya adalah
adalah barangan elekteronik, komputer,
telefon bimbit
dan
baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000
wow ana kaya lah.


tapi nak dapatkan hadiah kat atas tu bukan senang
mana ada kerja senang. Waktu dekat sana mesti ada permainan
yang akan diadakan dan para blogger's yang mahukan hadiah hadiah
itu mestilah mengambil bahagian dalam permainan yang akan disediakan
permainan yang akan disediakan pulak aku tak tau la permainan apa
manalah tau main batu seremban ker, congkak ker, konda kondi ker,
main sep sep tom tom ker itu semua aku tak tau la.
tapi aku teringgin jugak nak main baling tin macam zaman zaman
sekolah & terjun Sungai Gombak dulu. ehehhehee


macam mana nak ke Berjaya Times Square tu?
Laaaa... kesian korang yang tak tau cam mana nak pergi sanakan,
Kalau korang nak senang korang tahan je teksi pastu cakap
kat driver teksi tuh cam ni
Pak cik saya nak pergi Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
ala tempat budak Gothik selalu lepak tu pak cik.
Lepas tuh kalau korang "sengkek" pulak boleh la korang
naik public transport yang lain macam aku stay kat Sentul
naik jer STAR LRT dari stesen Sentul Timur
lepas tu berhenti dekat stesen Hang Tuah lepas tu
"menapak" la menuju ke Berjaya Times Square tu.
Kalau korang naik transport sendiri tu aku sediakan peta kat bawah nih.




Kepada yang tak dapat undangan dari
Nuffnang jangan
berhiba hati kerana korang pun boleh datang untuk
menyertai dan menikmati keseronokan di Gatbsy Deodorant Street Fair ni
kalau korang tak percaya korang boleh la
mengunjungi laman web

Gatbsy Deodorant Street Fair


Event Nuffnang & Gatbsy kali ini pasti meletup kebabom dengan
kebanjiran para Blogger's yang melebih 500 orang untuk
memeriahkan Majlis yang gemilang ini.

Sebarang pertanyaan korang bolehlah ajukan kepada
Helpdesk di laman web Nuffnang dan pihak Nuffnang
akan melayani dan membalas segala pertanyaan
anda dalam tempoh 24 jam (kecuali pada hari minggu dan cuti umum).




7 comments:

Aus MeLankoLik berkata...Best Blogger Tips

ok , kau berjaye..
aku sudah cukup jeles..
hahahak ..

BeaN MorENo berkata...Best Blogger Tips

hak2 bangganya aku design buruk yang aku buat sendiri ada kat blog ni...hak3...Thanx sebab promote link ngan design buruk tuh...kahkahkah

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Aus - ko tak dapat kerk?

Bean - mesti la kena bangga dengan hasil kerja sendiri

p/s aku malas coz malam tadik dah sangap

helena's berkata...Best Blogger Tips

lahhh!ingat tipu!ish ish ish!@!!!!

linn berkata...Best Blogger Tips

camne aku leh tak dpt nih? hehe. takpe...laa ni dah dok subang pasni leh aku join aktiviti nuffnang.

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

CikHel - ini bukan cobaan ini betul betul...

Lin - wah ko dah pindah Subang senang la ko nak berjimba kan...

Natasha berkata...Best Blogger Tips

nak pg gak...x kira dapat ker tak..ttp nak pg