Masyuk

Jumaat, 17 September 2010

Ayam Penyet Best






Waktu makan tengah hari tadi aku dengan Alhan, Syahradzi & Adib pergi makan Ayam Penyet kat Bangi seksyen 15. Mulanya nak makan Nasi Briani Gam Anje dekat area situ juga tapi malangnya Restoran Nasi Briani tersebut masih bercuti raya.Waktu nak pusing balik terperasan pulak Restoran Ayam Penyet Best terus kitaorang singgah makan kat situ jer.

Makanan kat Restoran Ayam Penyet Best ni sedap la juga boleh tahan rasanya walaupun tempatnya agak tersorok sedikit. Harga pulak boleh tahan juga la tapi Air Kosong pulak mahal RM0.50 kalau kat kedai mamak baru RM0.30 rasanya. Kami semua ambil set jer senang harga pulak RM10.40 satu set termasuk cukai.


Harga tersebut belum masuk cukai lagi.


Sewaktu menunggu makanan yang hendak dihidangkan.


Gado-gado ni macam pecal la tapi banyak sayur


Ini pulak Dendeng Balado masakan orang Minangkabau dah tentu aku yang order.


Inilah Ayam Penyet yang aku makan tengah hari tadi memang layan siot


Kepada sesiapa yang berminat nak pergi merasa ayam penyet ini adalah di alamat

9-G Jalan 15 / 1 D,

Seksyen 15
Bandar Baru Bangi
Bangi
Malaysia


p/s - Betul ker yang Seniman M. Rajoli meninggal lewat petang tadi kalau betul dan benar Al fatihah kepada Allahyarham M. Rajoli yang telah menemui Sang Pencipta lewat petang tadi semoga Allah S.W.T. menempatkan allahyarham dikalangan orang orang yang soleh dan solehah kalau salah harap dimaafkan kerana aku pun mendapat khabar dari orang lain. Amin



1 comments:

sonata anak kancil berkata...Best Blogger Tips

salam....
pernah masak ayam penyek ni!