Malam ini aku agak kerajinan sedikit nak memasak oleh kerana tekak ni teringin sangat nak makan Gulai Tempoyak Pucuk Kayu aku dengan segera menyuruh Cik Nieza singgah ke Pasar Chow Kit untuk membeli bahan-bahan untuk memasak lauk ini. Akhirnya tertunailah hasrat dihati aku nak makan gulai tempoyak pucuk kayu ni. Separuh orang memanggil sambal pucuk kayu ada tu panggil gulai tempoyak pucuk ubi ikut korang la nak panggil apa.
Bahan-bahannya
3 ikat pucuk ubi (ambil yang muda jer) *
5 helai daun kunyit *
5 batang serai *
10 helai daun pucuk kaduk (Macam sireh rupanya - tak guna sebab tak ada)
10 helai daun asam gelugur (aku tak guna sebab tak ada)
3 papan petai (dibelah 2) - ikut suka
1 gemgam cili padi (agak-agak)
1 inci kunyit hidup
2 senduk tempoyak (tempoyak baru lagi sedap)
2 biji kelapa (baru kaw - perah santan pekat)
garam & serbuk perasa
*DIRACIK HALUS
Cara-caranya
1. Cili padi & kunyit hidup ditumbuk halus (cara orang kampung)
2. Masukkan cili padi & kunyit hidup yang telah di tumbuk halus kedalam kuali bersama pati santan pekat, serta tempoyak tadi.
3. Masukkan serai yang telah diracik halus tadi.
4. setelah mendidih masukkan bahan bahan yang telah diracik tadi keringkan sedikit
5. Sesuaikan rasa garam, kalau tempoyak masam bolehlah tambahkan sedikit gula.
p/s - memang layan makan dengan nasi panas dan ikan goreng
- Orang Negeri Sembilan selalunya masak tak pakai bawang
3 comments:
Arghh!! ni faveret ku ni! huaaaa nak nangis tengok :(
jangan sampai nangis afra rugi wo sapa tak makan tempoyak....
nak guna link resepi ni .. nak letak kt blog saya.. sebagai rujukan nk masak nnt.. terima kasih..
salam ziarah.. :)
Catat Ulasan