Masyuk

Isnin, 26 Disember 2011

Kampung Puah Lembah Lokasi Pengambaran





Salam semua,
Baru baru ini terdengar gosip mengatakan bahawa Kampung Puah Lembah bakal menjadi lokasi pengambaran untuk filem/drama terbaru dari pengarah Filem Ombak Rindu iaitu Osman Ali akan tetapi kebenarannya aku tak tahulah ianya betul ataupun tidak. Kalau betul bagus juga kerana dapat memperkenalan Kampung Puah Lembah kepada orang ramai yang penduduknya masih menilaikan sikap gotong royong diantara satu sama lain. Sebenarnya Kampung Puah Lembah telah beberapa kali dijadikan lokasi pengambaran terutamanya untuk klip video. Antara klip video yang telah diadakan di Kampung Puah Lembah adalah Klip video lagu Andang Cintaku Menyala dendangan Safura dan Ezad dan yang terbaru adalah Farawahida dengan lagu raya yang bertajuk Hayati Raya Sejati. Didalam klip video Hayati Raya Sejati tersebut ramai penduduk kampung yang turut menjadi pelakon tambahan antaranya adalah Ketua Wanita Umno KPL Pn. Hjh Rahamah Tamu sebagai ibu Farawahida manakala Ketua Umno dan Ketua Kampung Puah Lembah En. Kamarudin Bin Yusof pula menjadi ayah Farawahida. Bak kata Dato Seri Utama Rais Yatim sewaktu merasmikan Majlis Juara Rakyat di Kampung Puah Lembah dijadikan destinasi pelancongan dari segi aspek seni budaya dan telah didirikan pentas seni di Kampung Puah Lembah kerana inilah Kampung Tradisional Melayu yang masih ada di "hutan Batu" ini. 


 








0 comments: