maksud
RACIST yang aku jumpa didalam laman web
DBP membawa maksud
orang yg bersifat perkauman. Adakah benar
Nuffnang bersifat sedemikian rupa iaitu
RACIST yang sedang hangat diperkatakan oleh para sebahagian Blogger di blog masing-masing malah di
TWITTER juga?
Ini adalah pendapat aku mengenai
Nuffnang yang bersifat
RACIST terhadap para blogger yang mendaftar dengan peneraju komuniti pengiklanan blog tersebut :-
1. Bagi aku
Nuffnang tidaklah
RACIST kerana bukan blogger cina sahaja yang menang dalam semua pertandingan yang diadakan blogger melayu juga ramai yang pernah merasa habuan dari pertandingan atau peraduan yang diadakan contohnya
Eyriqazz,
Kak Ina KL, dan Teh Tarik yang pernah memenangi ganjaran yang telah dijanjikan.
2. Jikalau
Nuffnang mempunyai sifat
RACIST mungkin aku tak pernah dapat joint dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihaknya tapi sebaliknya aku juga tak ketinggalan untuk menyertai aktiviti yang diadakan antaranya Nuffnang Sharing Session, LG Cookie Monster Party, Break Free with DIGI Party, Berbuka Puasa Di Apartment, KLCC dan sebagainya.
3. Tiket tayangan perdana wayang juga selalu aku dapat dari
Nuffnang malah bukan aku sahaja tapi
Cik Lily Putih,
Kak Ina KL,
Kak Tasha,
Eyriqazz,
Bean Moreno dan ramai lagi blogger melayu yang dapat adakah ianya
RACIST.
4. Pemenang pertandingan bukanlah dipilih oleh pihak
Nuffnang akan tetapi Pihak Pengiklan yang memilih para pemenang ianya di confirm kan oleh Robb dari
Nuffnang sewaktu
Nuffnang Sharing Session tempoh hari.
5.
Nuffnang juga
"tidak pilih bulu" kalau
Nuffnang bersifat demikian sudah pasti blogger yang terkenal sahaja yang dapat menyertai aktiviti yang dijalankan dan blogger picisan macam aku ni tak kan dapat merasa menyertai aktiviti berkenaan kerana blog aku ni cuma picisan sahaja tak punya
"hits" yang banyak.
6. Pengiklan juga sudah pasti memilih blog yang mempunyai entry yang menarik mengenai produk mereka tak kan lah mereka akan pilih entry yang
"sekadar di pinggiran".
kalau korang sebagai pengiklan sudah pasti korang nak yang
TERBAEKKAN.
7. Kalau difikirkan blog aku ini juga seperti
"hidup segan mati tak mahu" juga akan tetapi aku masih mendapat
Buffered Earning dan juga
Meterred Earning.
8.
Beutifulnara,
Eyriqazz,
Darkbatman,
RedMummy,
Jejai mereka semua mendapat advertorial dari
Nuffnang macam mana nak cakap yang
Nuffnang itu
RACISTMemang tak pantas untuk aku bersuara didalam blog aku ni kerana aku bukannya blogger yang terkenal lagi popular tapi ini cuma sekadar pandangan aku mengenai sebilangan kecil blogger yang cakap
Nuffnang bersifat
RACIST terhadap blogger.
Tak ada apa yang aku nak bebelkan kat sini cuma sebagai peringatan kepada kengkawan semua kalau tak ada rezeki kita nak buat macam mana. semua orang tak kira agama akan percaya Rezeki kita datangnya dari
TUHAN bersyukurlah kepada nikmat dan rezeki yang dikurniakan.
*entry ini tiada niat untuk mengutuk blogger yang berfikiran yang
Nuffnang bersifat
RACIST tapi cuma untuk kita belajar mengkaji dan menyelidik bukan cuma untuk berkata ataupun mengutuk tanpa usul periksa
* entry ini juga bukan untuk membodek
Nuffnang kerana aku tak pandai nak bodek membodek ni harap maklum