Masyuk

Rabu, 7 Julai 2010

Teater Muzikal Uda & Dara







Hari Sabtu ni aku nak pergi tengok Teater Muzikal Uda & Dara kat Istana Budaya.Aku pergi bersama 3 orang lagi member aku. Teater Muzikal Uda & Dara ini di bintangi oleh Razali Hussin, Misha Omar, Aishah, Betty Benafe dan ramai lagi.Sebab utama aku pergi tengok teater ini adalah kerana Misha Omar.Aku memang minat giler dengan minah ni okeh.
Sinopsis Teater Muzikal Uda & Dara ni aku amik dari laman web Istana Budaya

Muzikal Uda dan Dara adalah sebuah kisah cinta tragis.
Seorang anak tani bernama UDA dilamun cinta dengan seorang gadis kesayangan kampungnya yang bernama Dara dari sebuah keluarga berada.
Suasana hidup di kampong aman, penuh dengan adat dan budaya Melayu yang santun bagaimanapun bertukar rupa menjadi genting apabila isu darjat, kuasa dan kasta dipertikaikan oleh mereka yang berada, berpangkat dan berdarjat.
Huru-hara dan perang berbelas. Semuanya tercetus gara-gara cinta murni dua sejoli yang tidak direstui oleh sesetengah pihak.
Kesudahannya menyayat hati, membuka mata dan minda khalayak penonton tentang isu adat, kuasa, kasta dan darjat.
Adakah isu ini akan berlarutan atau dapat dileraikan?
Saksikan kemuncaknya sebuah kisah kontroversi yang tak lapuk dek zaman.
Pementasan kali ini diterajui oleh seorang pengarah prolifik tahanair, Dato’ Rahim Razali.
Beliau juga merupakan pelopor yang terlibat dalam sejarah pertama pementasan MUZIKAL UDA DARA pada tahun 1972 – hampir empat dekad lalu di Teater Eksperimental, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Tenaga Produksi :
Penerbit I : Haslina Dato’ Usman
Penerbit II : Abd. Rahim Affandi
Penolong Penerbit : Katriyana Abd. Rahim
Pengarah : Dato’ Rahim Razali
Pengarah Muzik : Hafiz Askiak
Pengarah Artistik/Sinografer : Hamzah Tahir
Penolong Sinografer : Fasyali Fadzly bin Saipul Bahri
Koreografer : Dida Malik Pereka Set : Yusman Mokhtar
Pereka Busana dan Tatarias : Nur Afifi Mohd Taib
Pereka Tatacahaya : Lim Ang Swee Jurutera Bunyi : John Siew Yi Sung
Pengurus Publisiti : Mohd Amer Syafiq Khalip Pengurus Pentas : Mohamad Azhar Zainal
Pengurus Produksi : Harith Shah Idris Hamshah
Pelakon :
Razali Hussin - Uda
Misha Omar - Dara
Aishah - Ibu Uda
Betty Banafe - Ibu Dara
Mazlan Tahir - Alang Bakhil
Khir Rahman - Utih
Radhi Khalid - Pak Long
Tiket : RM35, RM70, RM105, RM140, RM170 dan RM190

0 comments: