Salam semua,
Cerita dah basi baru nak update cerita wey, Waktu di Kampung Puah Lembah ada majlis bersantai bersama Dato' Shafie Abdullah tempoh hari tempat aku bekerja mengadakan "annual dinner 2011" di hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur mula tu aku malas nak pergi tapi disebabkan aku salah seorang "comittee" terpaksalah aku mengalah pergi ke Annual Dinner tersebut dengan tema "fairy tales" tapi aku tak ikut tema pun walaupun aku yang mencadangkan tema tersebut.
Pelbagai pakaian yang mereka gayakan.
Rasanya kalau ada meja paling meriah aku rasa meja no 37 ni yang paling meriah walaupun masing-masing tak mengikut tema yang ditetapkan.
Makanan agak tak memberansangkan lapar wey lepas balik tu kami singgah makan dulu.
AC Mizal sebagai pengacara majlis, pelbagai hadiah menarik disediakan untuk cabutan bertuah tapi aku agak kurang bertuah pada malam tersebut tak ada rezeki aku.
Persembahan menarik daripada Ning Baizura memang terbaek suara Kak Ning ni wey.
Tak nak lepaskan peluang bergambar bersama Ning Baizura selepas beliau tamat membuat persembahan yang menarik.
4 comments:
bila time grand dinner cenggini mmg org pompuan akan berhabis duit....ikut tema la katakan
tau xper man, tapi berbaloi gak lah dpt RM1000 for king & queen
Salaam, kat mane nak rent baju mcm ni. Ni area KL kan? pls help. TQTQTQTQ. -andy-
@Tanpa Nama Salam banyak baju2 ni disewakan antaranya dekat sg wang plaza dengan dekat ampang park cuma kena rajin mencari jer
ni ada satu alamat dekat the weld
Costumes “N” Parties
THE WELD, L2-09, Level 2,
76, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Tel: 03-21648184
Fax: 03-21648185
Operation Hrs:
Mon ~ Fri : 11am – 8pm
Sat & Sun : 11am – 6pm
Official Website : http://www.costumes-n-parties.com/
Catat Ulasan