Masyuk

Isnin, 27 Februari 2012

Keluarga Khalijah Gathering Febuari 2012



Salam semua,
Setelah diperkenankan oleh ahli-ahli Majlis tertinggi keluarga Khalijah  telah bersetuju untuk mengadakan Majlis Hi-tea bersama ahli keluarga di Villa Murni, Kg Pandang iaitu rumah salah seorang kakak sepupu aku memang best kalau buat kat situ sebab kawasan lapang senang budak-budak nak berlari-lari. Kebetulan dalam bulan Febuari ada 2 orang yang lahir maka sambut sekali lah kan. 




Sebelum tu melepak sambil bergebang-gebang diluar rumah jer sebab konsep free and easy jerk kan.



Tu dia birthday boys dua orang sorang yang pakai baju MU dan sorang lagi yang pakai baju MY tu.



Ok nyanyi ramai-ramai keh, pastu leh menchekik.



Dak gemuk ni perasan plak birthday dia lambek laie mok.


Semua kena bawak makanan yer sebab konsep pot luck jer macam-macam menu ada antaranya adalah kek batik, pulut kuning, rendang daging, nasi lemak, ikan bakar, mee goreng, bihun goreng, sandwich, kek pintal kukus, sengkuang, nenas makan dengan sos merah tabur kacang, tembikai dan macam macam lagi lah pokoknya menggemukkan dirilah.



Apo kono dongan ekau ni mok cacat ko, waktu ni bebudak main layang-layang tapi tak naik sebab tak ada angin la.



Malam jer ada plak aktiviti yang menggembirakan iaitu main tembak-tembak guna pistol air bebudak semua lencun main air tembak-tembak ada yang pakai tupperwear yang tua pun main gak wey.



Ko tengok tu lepas jer akak aku siram aku dengan air aku pun tanpa berlengah amik kek calit kat muka dia.



Ini makan dia sapa suruh siram air kat aku amik ko krim kek kena kat muka ko cik.



Budak-budak perempuan dia lambat dapt pistol tu lepas tu depa pulak lencun kena siram.


Semangat masing masing main tembak-tembak kan sampai lencun semuanya.



Lebih kurang jam 12 malam semua beransur nak balik dah, walaupun dah nak balik pun sempat lagi nak bergebang masing-masing kan.



Dalam perjalanan nak balik lalu ikut DUKE jumpa pulak penduduk Kg Puah Lembah kayuh basikal nak balik ke rumah juga. Aku bila lagi nak join depa ni, basikal mahal la sekarang ni.


2 comments:

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

suka betul aku tengok kaum kerabat ko sambut bezday nie...happening jeee

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

@hazman aka species1980 biasalah man skali skala berjumpa cam ni ler jadinye