Masyuk

Isnin, 13 Februari 2012

Catatan Perjalanan Pulau Pinang 2012 - Part 2



Salam semua,
Kesibukkan melanda diriku lagi agak tension gak lah nak buat entry pun malas jer rasanya, sambung balik cerita Catatan Perjalan Pulau Pinang 2012 -Part 1 tempoh hari. Malam pertama sampai tu kami semua rancang nak pergi jalan-jalan cuci mata dekat Pasar Malam Batu Feringgi memang best berjalan-jalan cuci mata dekat situ tapi aku rasa harganya dah mahal sikit kot tapi kat situlah banyak menjual CD cetak rompak aku tak beli apa pun kat situ cuma beli gelang yang dikirim oleh Cik Nieza jer.



Kat bawah apartment yang kami nginap tu ada motor lama yang memang klasik kalau boleh dah hangkut bawak balik KL dah tu, yang lelaki tu anak buah aku DIDIL dengan mak dia bukan dengan awek dia lah.



Walaupun bertongkat MakLong aku tetap gagahkan diri berjalan kat pasar malam tu tapi jalan yang dekat-dekat jer lah.



Bukan perempuan jer yang rambang mata yang lelaki pun rambang mata nak shopping kat pasar malam tu.



Gelang macam ni pun banyak dijual di sana aku ada beli juga untuk Cik Nieza, Maklong aku pun beli untuk cucunya.



Memandangkan maklong aku tak kuat berjalan aku, Didil, Amai, teman kan maklong aku ni jer tak jalan jauh mana pun.



Balik tu singgah dekat motor tu lagi Didil dengan ayahnya pulak nak bergambar dekat motor klasik tersebut.



Sampai jer semua test pakaian yang dibelinya kat rumah kalau tak muat nanti boleh tukar balik kalau dah sampai KL nak tukar apa lagi kan.

0 comments: