Salam semua,
Cuti panjang yang lepas aku telah diajak abang sepupu aku bersama keluarganya pergi ke Pulau Pinang dah rezeki orang ajak pergi jerlah kan tak keluar modal yang besar pun cuma bawak badan jer pastu faham-faham sendirilah tak kan itu pun nak kena cakap bagaikan.
Memang dah rancang sarapan pagi di Kampung Puah Lembah sahaja jam 8.00pagi tapi janji melayu jam 8.10pagi baru aku sampai. Lebih kurang jam 9.30pagi baru kami semua bergerak ke Pulau Pinang.
Kami berhenti rehat di R&R Sungai Perak cuma pergi ke tandas dan beli buah-buahan sedikit kalau berjalan jauh aku memang malas nak makan sebab aku takut nanti nak membuang payah, Maklong aku pun makan nasik lemak yang dibungkus dari kedai yang kami sarapan tadi jer.
Tepat jam 2.00petang kami dah masuk ke tol Juru kami tak terus ke Pulau, kami singgah di Restoran Jamu Selera, Jalan Muara Juru menikmati mee ketam tah lah aku rasa cam biasa jer tak ada yang istimewa pun tapi tekak orang lain tak sama ngan aku kan.
Lepas semua selesai makan kami semua terus bergerak ke apartment yang telah ditempah di Batu Feringgi, Apartment Bayu Emas yang terletak di hadapan Hard Rock Cafe Pulau Pinang. Dalam perjalanan sempat juga aku snap pemandangan indah di Jambatan Pulau Pinang tersebut.
Sampai di Apartment pun dah petang kami pun terus turun ke pantai untuk mandi laut tapi sayang nya aku kena jaga Kamera aku tak dapatlah aku mandi sebab semuanya dah terjun ke laut terlebih dahulu.
8 comments:
ooo kat feringhi ko stay, aku kat vistana je coz ada org kawin. itu yg tak duk kat sana tuh
haa baguslah ko update pasal Penang sebab aku pun nak gi nanti so bolehlah dapat tips drpd ko heheheee
update lagi tau! tempat makan best, tempat jalan² yg best..
CLP - Xda rezeki nak jumpa ko, jumpa mak mertua ko jer lah.
Wina - ko tak kan tak tau pasai penang kot
whoaa... mee ketam tu nampak menarik betul la bro....
stok laaa jenjalan... ada berapa part nih? hehehe
oooo ikut saudara rupanya..ingatkan gi dengan geng bujang
nak gi pp gak tapi tak tau bila
kamera tu kasi cover ngan plastik pon boleh bro..kihkih
Hazman - nampak menarik tapi tak berapa nak kena ngan tekak aku ler
Kid - tak tau la baper part
Kak Ina KL - sekali skala ikut sedara mara lah kta ramai sedarakan
JMR - bukan cover ngan plastik ke apa tapi aku tak leh mandi sapa nak jaga camera takut kena cilok.. ehehhehe
Catat Ulasan