Salam semua,
Hari kedua di Pulau Mutiara pagi tu kami tak kemana-mana cuma sarapan di apartment lepas tu melayan budak-budak mandi di kolam renang jer tengah hari perut dah berkeroncong balik baru pergi makan ke Nasi Kandar Line Clear yang memang menjadi salah satu trademark Pulau Pinang.
Makan-makan sambil gosip bersama dipagi hari.
Melepak kat kolam renang sambil snap pic Didil tu budget hot jer ek.
Ini juga salah satu mercu tanda yang ada di Pulau Pinang tu iaitu Banggunan KOMTAR yang terletak di Georgetown.
Nak menuju ke Nasi Kandar Line Clear parking senang kat depan jalan kedai tu jer.
Ini juga salah satu mercu tanda yang ada di Pulau Pinang tu iaitu Banggunan KOMTAR yang terletak di Georgetown.
Nak menuju ke Nasi Kandar Line Clear parking senang kat depan jalan kedai tu jer.
Korang tengok tu beratur panjang wey nak makan nasi kandar kat kedai tu.
Memandangkan ramai yang beratur kami makan secara hidang jer sebab malas nak beratur masing-masing, tengok tu kepala ikan masak kari, sotong masak kari, ayam goreng & sayur kobis goreng. Bagi aku tak adalah sedap mana pun makanan kat kedai ni tak tau lah tekak orang lainkan tokak den ni makan gulai lomak cili api jo.
Aku, Kak Sal, & Mak Long aku antara orang yang tak berapa nak kenyang waktu makan kat situ sebab semuanya kari jer loyo tokak den wey.
Tapi Kak Sue ni memang hantu kari sampaikan mata ikan tu pun dia nak kunyah kalau den xdapek den nak nolong do.
Lepas makan tu pergilah ke Pasar Chowrasta beli jeruk kat sana, Pulau Pinang ni memang terkenal dengan jeruk sejak dulu lagi.
Balik pun dah agak petang kami semua terus ke Laut bermandi manda disana, Aku mmg saja tak nak bawak camera sebab aku nak mandi laut katanya nasib baik kak sal tak mandi dia bawak camera tangkap gambar kami bermandi manda disana.
Malam tu Aku, Didil, & Amai pergi ke pasar malam Batu Feringgi tu jalan kaki bertiga singgah amik gambar kat depan Hard Rock Cafe.
Balik tu kami bertiga saja nak merasa
naik beca kat sana tapi agak mahal lah naik 3 orang kena charge RM20
tapi xperlah pak cik tu penat nak kayuh bawak 2 orang anak badak tu.
ehheehee.
2 comments:
nasik kandar ... memang memikat selera...
aku tak berapa la man
Catat Ulasan